BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 26, 2010


Love Hearts at WiddlyTinks.com

Wednesday, August 25, 2010



Menyayangi Diri Sendiri

MeNyaYanGi DiRi BmaKna KiTa MmiKiRkaN K’aDaaN DiRi KiTa, Mjaga kSiHaTaN, MmiKiRkaN MaSa DePaN, BseDia uNtK MhaDaPi sGaLa KmuNgKiNaN & MjauHi DiRi DaRiPda perkara-perkara yg bLh MroSaKkaN DiRi KiTa SkRg & MaSa DpaN.6 KuNci aSaS uNtK MyaYaNgi DiRi SdiRi (YaKiN TeRhaHaP DiRi SeNdiRi)

1) BeLaS KaSiHaN:BeLaS KaSiHaN aDaLaH uBat pNyeMbUh yG BtiNdaK tRs DkaWaSaN LuKa….DgarLaH SuaRa HaTi Yg SnTiaSa MjGa,MyeMbUhKaN & bSeDia uNtK mGeMbiRaKaN KiTa.WuJuD dLaM aTi KiTa.

2) PeNeRiMaaN:xDa MaNuSiA Yg SmpuRna TmaSuklaH dRi KiTa.xKiRa mNa2 bHaGiaN tUbUh kiTa yg IngiN KiTa UbaH,pNtiNg uNtK KiTa MniLai sEpa dRi KiTa sKrG…CptaaN yG bRgeRaK,bRuBaH & bKeMbaNg dGn cRi2 & kLeBiHaN yG tTeNtU.

3) HoRmaT :DaLaM pWaTaKaN tRaDiSi,x SuSaH @ BaNyAk PrMiNtAaN.DaLaM dUnia PeNdidiKaN yG McaBaR pLa,pSaiNgaN bLh MjdiKaN sSoRaNg e2 MraSa ReNdaH diRi…. ApaBiLa sSoRaNg pRnaH mNuNjUkKaN rAsA h0rMaT kTiKa KiTa mRaSa ReNdaH dIrI?? BaGaiMna RaSa HoRmAt e2 mCeRiTaKaN kiTa biLa KiTa mNeRiMa k0meN e2 sBagai BeNaR?? TiBa mSa’y uNtK mBeRiKaN raSa h0rMaT paDa DIrI kiTa sDiRi….

4) GaLaKaN:KiTa sMua MmeRluKaN GaLaKaN uNtK mCaPai MaTlaMaT & pRlu YaKiN uNtK Mcapai’y ,BruSaHa uNtK mCaPai & bLaJar DaRi MeReKa Yg SeRiNg MbeRiKaN gaLaKaN KpaDa oRaNg LaiN.JanGaN LuPa KpaDa HaLaNgaN2 ReaLiStiK Yg WuJuD…

5) SoKoNgaN:PeRnaHkaH kiTa MraSa xMaHu BgUn DaRi tDuR & Se0LaH2 iNgiN mYor0kKaN diRi DriPda DuNia SbeNaR,PaDa KtiKa e2 MgKiN kiTa iNginKaN sSe0raNg uNtK Md0r0ng SeRta MniUp SeMaNgaT NtK mNeRuSkAn HiDuP..Kita MaMpU mDoRoNg SeRta MnyaYaNgI diRi kIta sDiRi dGn SgaLa CaRa,aSaLkn KiTa SeDar MgeNai’y...

6) BeLaIaN:PerNaKaH KiTa MbeLai seEk0r kUciNg & LiHaT bGaiMnA KuCiNg e2 mRaSa Ser0nok dGn pRbuaTaN KiTa e2….PerNaHkaH KiTa dBeLai SeDeMiKiAn Rupa??Kita MaMpU MbeLai DiRI kiTa SnDiRi kRaNa Kita BerHaK mBeLai DiRi KiTa..HuHu~ aPa bHa yG Aq mRaPu Ni WaKaKaKaKa…..

Friday, August 20, 2010

Aku pernah bercinta


Aku sorang perempuan sepenuh jiwa

aku kata suatu hari nanti aku akan kahwini dia
takda apa yang dapat menghalang cinta aku
angkuhnya aku berkata-kata.
dia kata dia cuma nak dengan aku jer
macam aku, angkuhnya dia berkata-kata.

suatu hari dia mintak putus

kata dia hubungan dah tak rasa macam dulu
aku rasa sebak, tak pernah terfikir
hubungan selama setahun ni
yang konon akan abadi selamanya berakhir
berbulan2 bagai nak mati bercinta
rasa cinta boleh hilang?
macam hidupkan lampu hilang bayang-bayang
aku menangis, tak percaya semua ni
aku termenung pedihnya kat hati
jahilnya aku,
tertanya kenapa Tuhan layan aku macam ni.

suatu malam lepas solat macam biasa

aku duduk bertafakur, fikir macam-macam benda
tiba-tiba aku menangis...
bila nama Tuhan aku sebut-sebut, aku panggil
baru aku nampak siapa yang sayangkan aku lebih
aku menangis terus menangis...
aku nampak siapa yang sayangkan aku lebih

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,

padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." (Al-Imran ayat 139)

- termenung berfikir -


baru aku tahu...

bila bercinta, setiap kali jumpa
tangan dia aku pegang macam biasa
muhrim ker bukan aku terus lupa
pinggang dia aku peluk konon tanda sayang
ilmu agama semua terbang hilang
begitu banyak dosa kitorang bila berjumpa
kalau sebulan dua kali, setahun dah berapa?
berapa pulak agaknya sebatan kat neraka?
kalau hari di akhirat berganda
Astagfirullah...

baru aku nampak...

masa tengok wayang sama bukan main seronok
sampai burn Asar ataupun Zuhur
kalau lewat lagi balik, Maghrib pun hancur
keletihan tidur,esoknya tak bangun Subuh
dengan Tuhan makin jauh...ya Allah
betapa alpanya hidup aku
dulu bercita-cita nak jadi mujahid
tapi belum apa-apa benteng iman dah "Syahid"
Astagfirullah...
malunya aku...nak menghadap Kau.

baru aku sedar...

setiap kali call beringit duit hangus
balik-balik cakap benda yang sama
"saya sayang awk, awk sayang kita?"
bila merajuk nak kena pujuk pulak
kekadang sampai berjam,berjimat ingat pun tidak
tak pernah berbincang pasal hal-hal agama
sebab rasa macam potong stim jer
tak pernah saling mengingatkan untuk solat
lima waktu tak pernah cukup, jarang jumpa Kiblat
Astagfirullah...selepas apa yang aku buat
Tuhan masih lagi bagi aku nafas
sayangnya Dia kat aku...bagi peluang aku taubat

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan

boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Al-Baqarah ayat 216)

- menangis menyesal -


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan

mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"(Al-Baqarah ayat 45)

menangis aku, nak tadah tangan berdoa pun aku malu

Tuhan sayangkan aku, aku buat tak tau
aku angkuh, aku lupa yang Tuhan handle semua jodoh
dulu aku dekat dengan Tuhan, lepas couple makin jauh.
sia-sia air mata menangis sebab kena tinggal
air mata tu mengalir, kering pastu tak tinggal kesan
sedangkan air mata taubat yang mengalir
mencuci dosa-dosa walaupun ia macam kotoran degil

tengok-tengok sekeliling

semua berbincang masalah percintaan
tapi tak pernah pulak ada orang kata dia ada masalah
bila siapa yang dia cintakan tu Tuhan
takda pulak diorang ada masalah percintaan
sebab tiap sujud malam ada yang temankan
takda pulak orang rasa tertipu atau disakiti
dengan janji-janji manis...
janji-janji seperti syurga dan segala isi.
jadi aku serahkan jiwa dan cinta
pada yang lebih berhak...
pada Dia yang pemberianNya tak pernah sikit
untuk Dia aku hidup dan untuk Dia aku ingin Syahid

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya

aku bertawakkal."(At-Taubah ayat 129)

CINTA :


(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH :

(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.


SAYANG :

(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :

(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?



tetapi yg seharusnya ialah.....

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti


CINTA SEJATI


Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak
dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu,
turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang
taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama
mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-
orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman."
Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula. .
Tauladan dari kisah ini:
Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi,insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti.
Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu .
Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata
akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda,meskipun baginda sudah wafat.
Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda.
Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.


Friday, July 30, 2010

MagMyPic


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Thursday, July 29, 2010


Sunday, July 25, 2010


ImageChef.com Flower Text

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more